Daerah pendidikan Padang Terap Pendang telah ditubuhkan pada 01 Jun 1982. Ianya dikenali sebagai Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap Pendang. Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap Pendang yang pertama ialah di bangunan lama Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Ahmad, Kuala Nerang. Seramai 5 orang Pegawai, 2 orang Pembantu Tadbir seorang Pembantu Tadbir Rendah dan seorang Pembantu Am Rendah telah ditempatkan di Pejabat tersebut.
Pada tahun 1994 satu blok bangunan baru pejabat telah dibina dan siap dilengkapi dengan semua kemudahan pada tahun 1995.
Kini Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap Pendang dianggotai seramai 6 orang pegawai hakiki, 9 orang pegawai ditempatkan secara pentadbiran, 2 orang Pembantu Tadbir, 1 orang Pembantu Tadbir Rendah, l orang Pembantu Am Rendah, 2 orang Pembantu Tadbir (dipinjamkan) dan 2 orang Pekerja Rendah Awam.( dipinjamkan ). Jumlah semua pegawai seramai 23 orang. Dengan pertambahan pegawai ini maka penyediaan bilik serta kemudahan perlu ditambah.
Daerah Pendang dan Padang Terap mempunyai dua daerah pentadbiran negeri Kedah dengan keluasan 767.76 batu persegi. Oleh itu untuk mentadbir dua daerah yang luas amatlah menyulitkan kerana jarak antara Kuala Nerang dengan Pendang ialah 45km.
Mesyuarat Tindakan Daerah Padang pada Januari 1996 yang dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah, pihak Yang Berhormat Dato Haji Othman Abdul Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri telah menimbulkan tentang peri pentingnya penubuhan Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap Pendang Cawangan diwujudkan di daerah Pendang bagi melicinkan pengurusan pendidikan di daerah Pendang. Di atas saranan dan desakan Yang Berhormat Dato pihak PPD mengambil Inisiatif mengemukakan kertas cadangan ini untuk pertimbangan majlis.